Sabtu, 19 Januari 2013

Sastera Cinta Rama-Rama
Rekaan:Tuan Tanah punya blog Pelita Hidupku.

 
Bahasa Inggeris :Moth.

Rama-rama adalah sejenis serangga.
Alam : haiwan.
Order : Lepidoptera
Filum : Artropoda

Ramai yang kata rama-rama lebih kurang dengan kupu-kupu kan?
Klaw korang nak tahu perbezaan antara rama-rama dengan kupu-kupu 
adalah pada sesungutnya.Rama-rama punya sesungut lebih berbulu,
manakala kupu-kupu bersesungut berfilamen dan berbntuk belantan dihujungnya.



Perbezaan yang lain plak antara rama-rama dan kupu-kupu ialah 
pada sayapnya.Klaw rama-rama ia akan merentangkan sayapnya,manakala kupu-kupu ia akan terlipattegak di atas tubuh apabila ia berehat.



Oh Rama-rama,
Indahnya jikalau kau berterbangan
dengan melebarkan sayapmu
jikalau kau terbang,
sambil menunjukkan sayap warna-warnimu

Disitu ada bunga pasti kau kunjunginya,
kerana aku tahu kau sangat suka akan kemanisan madu yang ada pada bunga
Aku tahu juga kau sering mencari tempat perlindungan
takut-takut akan kepudaran warna yang ada disayap cantikmu,

Kau hidup mula dikempong,
pabila tiba waktunya kau keluar jua
dari alammu.
Tapi pabila kau mati semua indahan yang ada pudar jua
bersama-sama warna-warnamu.
Sayang hidupmu tidak terlalu lama.
                               Jadilah Seperti Semut

Semut
                                             

Kau sering berjalan seiringan bersama-sama
kaum kerabatmu,
Kehidupanmu juga ada raja dan ada rakyat jelatanya,
Masing-masing mempunyai tugasannya sendiri
untuk mencari makanan,

Setiap hari kau mencari makanan untuk keluargamu,
Walaupun pelbagai rintangan yang kau hadapi,
Tidak pernah kau kenal erti penat dan jemu,
Setiap usahamu pastikan berjaya,
Taip sayang matimu kerana gula.




Jumaat, 18 Januari 2013

Apam Polika Dot


Smalam aq p pasar malam ngn my roomate=ngn best frenz always aq.
Time tuh kawan aq nak beli air,tiba-tiba aq ngn kawan aq trnmpaklah apam dolka dot.
Selalunyee tgok orang je post2 gmbar niee,dlam hati nak gak merasa apam niee..
Tuk-tuk dapat gak aq merasa smlam.Kawan aq cakap sedap sbb dye pernah saya,so aq pown cubalah...mmg ternyata sedap gak..Korg percaya satu bekas 2 RM 2 jee...
Dalam apam tuh dye gak dye letak perisa cam coklat,pandan,nenas..ermmm...sdapnyaa...!!
Nanti2 klaw p lagi aq nk p beli ag lah...


Aksesori kesayanganku.




Aq pnye keistimewaan mmg suke mngumpul aksesori seperti jam tangan,gelang tangan
dan keronsang.Pelbagai aneka warna ada,warna merah,emas,silver,biru n sbgainya.Kalau bab aksesori 
seperti cincin dan rantai ada 2 ada tpi  x berapa minat sngt laa.
Kadang-kadang hampir setiap kali keluar  je de je aksesori yang nk aq beli..tapi fikir2 duit gak tuh,hahahah..
Tkut2 dah pilih2,x de duit plak..hehehe
Aq mmg ske mngumpul aksesori cam tuh...fav aq kowt..Korang tgoklah gambar kat atas tuh,dah macam orang berniaga lah plak kan??Klaw sekali jual laku kowt agak2 nye laa..hahaha..


Khamis, 17 Januari 2013

Babak ke-2....

Suasana huru-hara di Kampung Perkasa,ramai penduduk kampung lari lintang-pukang akibat kekejaman yang dilakukan oleh nenek sihir itu.Kanak-kanak turut berasa takut dan menangis teresak2.Nenek sihir itu telah membuat kekecohan yang sngt dahsyat dengan mengakibatkan kerosakan hasil tanaman dan harta bnda mereka.Kekecohan daripada nenek sihir itu membuatkan penduduk kampung tidak berani keluar rumah pada waktu malam,takut-takut nenek sihir itu melakukan sesuatu yang jahat lagi kepada mereka sekampung.
Kekecohan yang telah berlaku di Kg.Perkasa itu telah tersebar di sebelah iaitu Kg.Permai.

Sedang seronok lepak2 dengan kawan2 sambil minum air kopi di warung,Soleh trdengar perbualan org2 kg mengenai kampung seberang yang telah berlaku  kekecohan disebabkan nenek sihir itu. Setelah mndegr perbualan daripada org-org kampung itu, Soleh berasa marah dan berhasrat ingin menolong penduduk tersebut dan juga ingin menghapuskan kejahatan nenek sihir itu.Akan tetapi,Soleh tidak tahu bagaimana cara untuk menghapuskan ilmu hitam  nenek sihir itu.

Setelah sampai di rumahnya,Soleh menceritakan kejadian yang telah berlalu tersebut kpada kedua-dua orang tuanya.Pak Harun dan ibunya Mak Minah juga berasa marah selepas mendengar cerita daripada anaknya.Tiba-tiba dalam hati Pak Harun tedetik pula rasa ingin mmbongkarkan rahsia yang telah lama disimpan iaitu soal tanda lahir keberanian yang ada pada anaknya itu.Hal ini dirahsiakan disebabkan ingin menunggu Soleh pandai berdikari dan pandai menilai baik dan buruk.

Pak Harun berkata dalam hati,"molek sangatlah kalau aku mmbongkarkan rahsia tentang tanda lahirnya itu".
Dengan suara yg agak sayu Pak Harun berkata kepada anaknya,"Wahai anakku Soleh,ayah ingin menceritakan satu perkara ngn kamu".Ya ayah,apakah halnya ayah,balas anaknya.Pak Harun berkata-kata lagi,"kamu tahukan ada tanda lahir pada bahagian tepi dadamu itu??Yang sebenarnya ada maksud tersirat di tanda lahir kamu itu.Mendegarkan kata-kata daripada ayahnya itu,Soleh terus melihat tanda lahirnya itu dan sekaligus berasa terkejut.Maksud?maksud apakah itu ayah?balas Soleh.Yang sebenarnya selepas kamu dilahirkan pada 20 tahun yang lalu,keesokan harinya ayah telah bertemu dengan Dukun Tok Misai.Dia telah memberitahu ayah bahawa maksud tanda lahir yang ada pada badan kamu itu ialah kamu adalah orang yang akan menyelamatkan penduduk kampung Perkasa dengan menghapuskan nenek sihir itu.Akan tetapi ayah tidak tahu juga bagaimanakah ingin menghapuskan nenek sihir itu.Kata-kata ayahnya itu telah membuatkan Soleh terkejut sekali lagi.

Bersambung....

Isnin, 14 Januari 2013

Hikayat Kampung Perkasa.(Karya dan idea daripada Tuan Tanah Blog Pelita Hidupku..peace!!
Bersama pengeditnye Alieyna Hamid.. :)

Korang mesti pelik dengan hikayat ini kan??
Walaupun baru terbaca namanya sahaja.
Alaa sebenarnya ini pun hanya rekaan semata-mata..hehe

Babak pertama..

Al-Kisah cerita ini bermula.
Pada zaman dahulu,terdapat sebuah negeri iaitu negeri Perkasa yang terasing daripada negeri-negeri yang lain kerana negara ini terdapat sebuah pondok yang agak usang dipinggir hutan diduduki oleh ahli sihir yang sangat jahat.Oleh sebab itulah ramai penduduk di kampung itu tidak berasa terteram tinggal di kampung tersebut.Sampaikan ada penduduk kampung yang ingin meninggalkan kampung tersebut  tetapi malangnya
dihalang oleh nenek sihir itu.Nenek itu memberi amaran kepada mereka"kalau ada juga yang berani meninggalkan kampung ini maka musibah akan berlaku (dengan gelak yang agak nyaring oleh nenek sihir itu,hahahaha)".Dengan mendengar kata-kata itu penduduk itu berasa takut hendak meninggalkan kampung itu.

Di Kampung Permai..

Malam bulan purnama sudah tiba,maka lahirlah cahaya mata daripada sepasang suami isteri iaitu Pak Harun dan isterinya Mak Minah.Mereka merupakan keluarga yang miskin.Hampir setiap malam Pak Harun berkerja mencari rezeki untuk membeli barang keperluan mereka sekeluarga dan kadang kala Pak Harun tidak pulang ke rumah. .Pada malam itu lah merupakan detik kegembiraan terserlah diwajah Pak Harun dan isterinya kerana dapat menimang cahaya mata.
Mak Minah telah melahirkan seorang anak lelaki yang sungguh comel dan ada tanda lahir pada badan anak mereka itu dibahagian tepi dadanya yang berbentuk bintang.Pak Harun dan Mak Minah terkejut melihat tanda lahir yang ada pada anak sulung mereka itu.Dan pada keesokkan harinya,Pak Harun hendak pergi kerja tapi sebelum berkerja Pak Harun pergi singgah dirumah Dukun Tok Misai kerana ingin mengetahui maksud sebenarnya yang tersirat pada tanda lahir yang ada pada badan anaknya itu.Pak Harun pergi ke rumah Dukun Tok Misai itu.Setelah Pak Harun menceritakan soal hajatnya itu,barulah Tok Misai faham dan akhirnya Tok Misai memberitahu keadaan sebenarnya.Tok Misai berkata"Pak Harun yang sebenarnya tanda yang ada pada badan anak lelaki Pak Harun itu adalah merupakan tanda keberanian yang ada pada diri anak  Pak Harun dan tanda yang akan menewaskan nenek sihir yang ada di kampung seberang".Mendengar kata-kata daripada Tok Misai itu Pak Harun berasa terkejut dan mengerti apa yang diperkatakan oleh Tok Misai itu.Pada petang harinya,setelah balik dari kerja,Pak Harun menceritakan semuanya pada isteri kesayangannya itu dan akhirnya Mak Minah memahaminya.

Selepas 20 tahun..
Soleh merupakan anak yang sangat rajin,gigih,berani dan yang paling penting Soleh taat kepada Allah dan taat kepada kedua-dua orang tuanya.Soleh juga merupakan pahlawan dan pendekar yang hebat dan selalu mendapat nama dan pujian daripada tok gurunya.Kawan-kawan Soleh pun berasa gembira dengan kejayaan yang telah diperolehi oleh Soleh.

Keesokkan harinya,pada waktu petang,

Setelah habis bekerja Soleh pulang ke rumahnya dengan hati yang gembira walaupun penat bekerja seharian.Soleh hanya berkerja sebagai penoreh getah sahaja dan pendapatannya pun biasa2 saje.Oleh kerana kerajinannya bekerja,dia mendapat kepercayaan daripada majikannya dan dia memperolehi saguhati
berbentuk wang.

Setelah sampai di rumah Mak Minah berasa hairan dengan gelagat anaknya itu.

=Mak Minah pun bertanya kepada Soleh"anakku kenapa kamu berasa senang hari ini".
=Jawab Soleh"x ada apa2 lah mak,Soleh okay je,cuma Soleh hari nie mendapat saguhati dripda
   majikan Soleh.Itulah yang Soleh seronokkan tadi..hehehe"..
=Mak Minah membalas"oh cam 2,patutlah hati Soleh senang sangat dapat saguhati rupanya.
=Soleh: oh lupa plak Soleh nie de sedikit hasil saguhati yang Soleh dapat,mak amiklah ikhlas dari Soleh.. :)
=Mak Minah: Terima kasih anakku,kau sungguh berhati mulia anakku (dengan nada yang sayu dan
  terdapat tangisan air mata diwajah ibunya).

Bersambung....



Sajak x berapa sajak lah..hehehe


Pelita Cahaya nama diberi,
Kerlipan cahaya jadi penyinarnya,
Suka duka detik kehidupan,
Setiap saat ku harungi cabaran dan dugaan.

Diary Pelita Hidupku laman sejarahku,
Kata-kata manis dan pahit jadi pedoman,
Setiap kehidupan pasti ada kesenangan,
Setiap kehidupan juga pasti ada kesulitan.

Tuan Tanah laman diary,
Seorang yang suka kesederhanaan,
Pelajar Politeknik Kulim sahaja,
Ummul Khair namanya.hehe

Tahun niee genap lah 20 tahun,
26 April 2013 kali niee,
Sudah tua rupanyee aku,
Hahaha.

Laman tercipta saja-saja je,
Hanya untuk menghiburkan hati dan menghilangkan kebosanan dalam diri,
Kadang-kadang tu hampir satu hari ku mengedit blogku,
Raga-raga seronok dengan laman inspirasiku. :)

Inilah sahaja yang dapat ku kongsikan,
Hanya untuk suka-suka,
Kalau ada masa kita updates lagi,
Itulah pun kalau ada idea lah secara rawak..

Karya hasil: Tuan Tanah punya blog ini.