Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Isnin, 14 Januari 2013

Hikayat Kampung Perkasa.(Karya dan idea daripada Tuan Tanah Blog Pelita Hidupku..peace!!
Bersama pengeditnye Alieyna Hamid.. :)

Korang mesti pelik dengan hikayat ini kan??
Walaupun baru terbaca namanya sahaja.
Alaa sebenarnya ini pun hanya rekaan semata-mata..hehe

Babak pertama..

Al-Kisah cerita ini bermula.
Pada zaman dahulu,terdapat sebuah negeri iaitu negeri Perkasa yang terasing daripada negeri-negeri yang lain kerana negara ini terdapat sebuah pondok yang agak usang dipinggir hutan diduduki oleh ahli sihir yang sangat jahat.Oleh sebab itulah ramai penduduk di kampung itu tidak berasa terteram tinggal di kampung tersebut.Sampaikan ada penduduk kampung yang ingin meninggalkan kampung tersebut  tetapi malangnya
dihalang oleh nenek sihir itu.Nenek itu memberi amaran kepada mereka"kalau ada juga yang berani meninggalkan kampung ini maka musibah akan berlaku (dengan gelak yang agak nyaring oleh nenek sihir itu,hahahaha)".Dengan mendengar kata-kata itu penduduk itu berasa takut hendak meninggalkan kampung itu.

Di Kampung Permai..

Malam bulan purnama sudah tiba,maka lahirlah cahaya mata daripada sepasang suami isteri iaitu Pak Harun dan isterinya Mak Minah.Mereka merupakan keluarga yang miskin.Hampir setiap malam Pak Harun berkerja mencari rezeki untuk membeli barang keperluan mereka sekeluarga dan kadang kala Pak Harun tidak pulang ke rumah. .Pada malam itu lah merupakan detik kegembiraan terserlah diwajah Pak Harun dan isterinya kerana dapat menimang cahaya mata.
Mak Minah telah melahirkan seorang anak lelaki yang sungguh comel dan ada tanda lahir pada badan anak mereka itu dibahagian tepi dadanya yang berbentuk bintang.Pak Harun dan Mak Minah terkejut melihat tanda lahir yang ada pada anak sulung mereka itu.Dan pada keesokkan harinya,Pak Harun hendak pergi kerja tapi sebelum berkerja Pak Harun pergi singgah dirumah Dukun Tok Misai kerana ingin mengetahui maksud sebenarnya yang tersirat pada tanda lahir yang ada pada badan anaknya itu.Pak Harun pergi ke rumah Dukun Tok Misai itu.Setelah Pak Harun menceritakan soal hajatnya itu,barulah Tok Misai faham dan akhirnya Tok Misai memberitahu keadaan sebenarnya.Tok Misai berkata"Pak Harun yang sebenarnya tanda yang ada pada badan anak lelaki Pak Harun itu adalah merupakan tanda keberanian yang ada pada diri anak  Pak Harun dan tanda yang akan menewaskan nenek sihir yang ada di kampung seberang".Mendengar kata-kata daripada Tok Misai itu Pak Harun berasa terkejut dan mengerti apa yang diperkatakan oleh Tok Misai itu.Pada petang harinya,setelah balik dari kerja,Pak Harun menceritakan semuanya pada isteri kesayangannya itu dan akhirnya Mak Minah memahaminya.

Selepas 20 tahun..
Soleh merupakan anak yang sangat rajin,gigih,berani dan yang paling penting Soleh taat kepada Allah dan taat kepada kedua-dua orang tuanya.Soleh juga merupakan pahlawan dan pendekar yang hebat dan selalu mendapat nama dan pujian daripada tok gurunya.Kawan-kawan Soleh pun berasa gembira dengan kejayaan yang telah diperolehi oleh Soleh.

Keesokkan harinya,pada waktu petang,

Setelah habis bekerja Soleh pulang ke rumahnya dengan hati yang gembira walaupun penat bekerja seharian.Soleh hanya berkerja sebagai penoreh getah sahaja dan pendapatannya pun biasa2 saje.Oleh kerana kerajinannya bekerja,dia mendapat kepercayaan daripada majikannya dan dia memperolehi saguhati
berbentuk wang.

Setelah sampai di rumah Mak Minah berasa hairan dengan gelagat anaknya itu.

=Mak Minah pun bertanya kepada Soleh"anakku kenapa kamu berasa senang hari ini".
=Jawab Soleh"x ada apa2 lah mak,Soleh okay je,cuma Soleh hari nie mendapat saguhati dripda
   majikan Soleh.Itulah yang Soleh seronokkan tadi..hehehe"..
=Mak Minah membalas"oh cam 2,patutlah hati Soleh senang sangat dapat saguhati rupanya.
=Soleh: oh lupa plak Soleh nie de sedikit hasil saguhati yang Soleh dapat,mak amiklah ikhlas dari Soleh.. :)
=Mak Minah: Terima kasih anakku,kau sungguh berhati mulia anakku (dengan nada yang sayu dan
  terdapat tangisan air mata diwajah ibunya).

Bersambung....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.